awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Industri pelancongan dan golongan hilang pekerjaan perlu terus dibantu - Irmohizam

Fareez Azman
Fareez Azman
14/01/2021
05:43 MYT
PKP 2.0: Industri pelancongan dan golongan hilang pekerjaan perlu terus dibantu - Irmohizam
Kerajaan negeri juga kata Irmohizam memerlukan sokongan penuh kerajaan terutamanya industri pelancongan. - Gambar fail/WTC
KUALA LUMPUR:Kerajaan diminta meneruskan skim moratorium atau memperkenalkan bentuk bantuan kewangan yang lain sepanjang tahun 2021 bagi membantu mengurangkan beban rakyat.
Menurut Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, ia bagi memberi ruang kepada rakyat menyusun semula rancangan kewangan ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.
"Kerajaan telah menunjukkan sokongan yang baik untuk golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun perhatian juga harus diberikan kepada mereka yang telah diberhentikan kerja atau kehilangan pekerjaan.
"Rakyat akan sangat lega sekiranya lebih banyak sokongan dan bantuan diberikan agar mereka dapat meneruskan kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan.
"Selain itu, kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk meneruskan skim moratorium atau memperkenalkan bentuk bantuan kewangan yang lain sepanjang tahun 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jelasnya lagi, enam negeri yang dilaksanakan PKP fasa kedua ketika ini, merupakan antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Justeru kerajaan negeri juga kata Irmohizam memerlukan sokongan penuh Kerajaan terutamanya dalam sektor pelancongan.
"Industri pelancongan dan hospitaliti yang baharu sahaja memperlihatkan fasa pemulihan sejak suku terakhir tahun 2020 perlu dihulurkan bantuan dan sokongan.
"Memandangkan perjalanan domestik tidak lagi dibenarkan sepanjang tempoh PKP terbaharu yang sedang dilaksanakan. Industri pelancongan juga memerlukan sokongan penuh daripada kerajaan untuk bangkit semula dan terus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya lagi.
Untuk rekod Selangor menyumbang 24.2 peratus kepada KDNK negara, diikuti 16.9 peratus dari Wilayah Persekutuan, 9.4 peratus dari Johor, 6,7 peratus dari Pulau Pinang, 6.0 peratus dari Sabah dan 3.1 peratus dari Melaka.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#KDNK
#Pelaksanaan PKP
#PKP
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#kerajaan
#ekonomi
#rakyat
#bantuan kerajaan
#industri pelancongan
#WTCKL
#Irmohizam Ibrahim
#Pengarah Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan