awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 44 individu dikompaun langgar SOP

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2021
10:13 MYT
PKP: 44 individu dikompaun langgar SOP
Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (39), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (tiga), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (satu) dan tidak memakai pelitup muka (satu). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 44 individu pada Ahad kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan pada Isnin berkata, kesemua 44 individu berkenaan dikompaun.
"Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (39), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (tiga), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (satu) dan tidak memakai pelitup muka (satu),” katanya.
Dalam pada itu, berhubung Operasi Benteng (Op Benteng), beliau berkata tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dan sebuah kenderaan darat serta sebuah bot dirampas.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 98 buah bot di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.
Katanya, seramai enam PATI diusir melalui dua aktiviti pengusiran.
Seramai 1,357 warga asing telah menjalani ujian saringan pada Ahad dan daripada jumlah itu, dua orang didapati positif jangkitan COVID-19.
“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 659,757 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 34,227 majikan.
“Daripada jumlah itu, seramai 10,064 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 649,693 lagi adalah negatif,” katanya.
Sehingga kini, katanya, sebanyak 1,539 buah klinik terlibat dengan program saringan tersebut.
Topic Berkaitan
#PKP
#ingkar SOP
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#Operasi Benteng
#pendatang asing tanpa izin
#perairan negara
#tiada penjarakan fizikal
#rentas negeri
#ujian saringan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan