awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
Waspada iklan badal haji RM1,500, umat Islam diingatkan elak jadi mangsa penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Kurangkan sekatan jalan raya, Sarawak pertingkat kawalan sempadan daerah

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
04/05/2020
06:50 MYT
PKP: Kurangkan sekatan jalan raya, Sarawak pertingkat kawalan sempadan daerah
Aidi berkata, operasi pasukan pemeriksaan mengejut juga akan dipertingkatkan bagi mengawal kawasan- kawasan perumahan dan tempat awam. FOTO: BERNAMA
Sekatan jalan raya di beberapa lokasi yang tidak strategik di seluruh Sarawak sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dihentikan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata langkah itu bagi membolehkan pasukannya memberi tumpuan kepada kawalan di sempadan daerah di negeri berkenaan.
Katanya, anggota yang terlibat dalam sekatan jalan raya di lokasi terbabit sebelum ini, akan dipindahkan untuk melakukan pemeriksaan mengejut dalam operasi di sempadan daerah.
Beliau berkata, kajian telah dilakukan pihaknya bagi mengoptimumkan tenaga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak sepanjang menghadapi tempoh PKP.
“Kita perlu memberi fokus kepada sempadan-sempadan daerah di negeri ini kerana langkah ini lebih penting dalam memastikan larangan pergerakan dari satu daerah ke satu daerah lain dapat dikawal sebaiknya.
“Hal ini bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dihentikan terutamanya penularan dari zon merah ke zon hijau,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Antara lain ujarnya, operasi pasukan pemeriksaan mengejut akan dipertingkatkan bagi mengawal kawasan-kawasan perumahan dan tempat awam.
“Kekerapan pemeriksaan secara mengejut ini sebenarnya lebih berkesan jika dibandingkan dengan sekatan dan kawalan di jalan raya.
“Jadi langkah ini dilihat lebih membantu PDRM dalam mempertingkatkan kawalan sepanjang tempoh ini,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#daerah
#Datuk Aidi Ismail
#Kawalan sempadan
#PDRM Sarawak
#perintah kawalan pergerakan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan