Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan adalah tinggi kerana sebahagian besar daripada mereka telah memahami dengan jelas tujuan perintah itu dikuatkuasakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata selain patuh terhadap perintah yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 di negara ini, sebilangan besar rakyat juga mampu mendisiplinkan diri sendiri untuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.
"Apabila PKP pertama diperkenalkan, walaupun ia satu perkara yang tidak pernah dijangka oleh seluruh rakyat hingga terpaksa duduk di dalam rumah dan tidak boleh keluar, tetapi mereka tetap patuh secara keseluruhannya.
"Saya faham walaupun mereka agak merungut tetapi mereka tetap patuh dan faham kenapa kerajaan melaksanakan PKP. Berbanding dengan negara lain ada yang dilihat melakukan demonstrasi menentang PKP. Bila arahan kata jangan keluar rumah mereka keluar bergembira, adakan konsert di pantai dan sebagainya," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas kelakuan dan tindakan rakyat Malaysia yang jauh berbeza dalam mematuhi peraturan kerajaan khususnya PKP jika dibandingkan dengan sesetengah rakyat negara lain.
Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun ketika ini kerajaan sudah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lebih longgar namun tidak ada rakyat Malaysia yang sengaja mengambil kesempatan untuk keluar rumah tanpa keperluan.
"Kita jangkakan akan berlaku kelam-kabut pada hari pertama PKPB dilaksanakan atau berlaku huru-hara sikit, tetapi apabila saya sendiri berjalan dan melihat di beberapa kawasan pusat membeli-belah di ibu negara nampaknya keadaan terkawal.
"Dalam tempoh PKPB ini juga sudah tiada had waktu untuk mereka keluar melebihi 10 malam serta tiada sekatan jalan raya dibuat, namun mereka boleh patuh apabila arahan kata keluar jika perlu dan mereka memang keluar jika perlu," tambahnya.
Menurut Ismail Sabri lagi, keadaan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan kawalan kendiri bagi mengawal diri masing-masing untuk berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan.
Sehubungan itu beliau turut menasihati orang ramai untuk meneruskan momentum kawalan kendiri masing-masing serta menjadikannya sebagai budaya baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau turut mengambil contoh sikap kawalan kendiri yang tinggi kalangan penduduk Taiwan yang menjalani kehidupan bebas tanpa PKP, namun mereka merekodkan jumlah kematian serta bilangan kes baharu yang paling rendah akibat COVID-19 setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020
Ismail Sabri berkata rakyat Malaysia mampu melakukan kawalan kendiri untuk berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan. Gambar fail
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
PKP: Tahap kepatuhan tinggi, rakyat faham tujuan PKP - Ismail Sabri
Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan adalah tinggi kerana sebahagian besar daripada mereka telah memahami dengan jelas tujuannya.
UMNO Pahang kena contohi Pas Kelantan - Ketua Bahagian
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, kepimpinan parti tersebut juga turut berjaya menarik sokongan pelbagai kaum lain.
Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu di rantau ini - Anwar
Anwar berkata keyakinan tinggi itu adalah bersandarkan kepada "dasar-dasar Malaysia yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang stabil dan bersih."