awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB di Mukim Peringat dan Mukim Kota, KB bermula esok

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/01/2021
10:21 MYT
PKPB di Mukim Peringat dan Mukim Kota, KB bermula esok
Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di kawasan tersebut atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM.
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Mukim Peringat dan Mukim Kota, Kota Bharu, Kelantan bermula 4 Januari (esok) sehingga 17 Januari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di dua mukim tersebut.
Peningkatan kes masing-masing melibatkan dua kluster utama iaitu Kluster Halban dan Kluster Pintu Geng.
Justeru, katanya kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di kawasan tersebut atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM.
"Sehingga kini, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di dua mukim iaitu Mukim Peringat dan Mukim Kota.
"Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan untuk mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di kedua-dua mukim ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata PKP Diperketatkan (PKPD) di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters, Daerah Hilir Perak diisytiharkan tamat pada hari ini.
Katanya, PKPD di kawasan tersebut sepatutnya dijadual tamat pada 14 Januari ini.
"Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan ujian saringan ke atas semua tahanan dan kakitangan.
"KKM turut mengesahkan kes positif harian di depot tahanan ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel menunggu keputusan," katanya.
Topic Berkaitan
#KKM
#COVID-19
#PKPB
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#Kementerian Kesihatan
#PKPD
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#Mukim Peringat
#Mukim Kota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan