awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: JPA nafi 60 peratus penjawat awam hadir ke pejabat

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
06/05/2020
05:26 MYT
PKPB: JPA nafi 60 peratus penjawat awam hadir ke pejabat
JPA: Kementerian dan jabatan melaporkan kehadiran hanya antara 15 peratus hingga 35 peratus sahaja. - Gambar Instagram @kkmm_gov
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa 60 peratus penjawat awam hadir ke pejabat pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sebaliknya, JPA menjelaskan kementerian dan jabatan melaporkan kehadiran hanya antara 15 peratus hingga 35 peratus sahaja.
“Selebihnya penjawat awam diberi pilihan untuk Bekerja Dari Rumah selaras dengan saranan JPA mengenai Operasi Pejabat Kerajaan Semasa Tempoh PKPB yang dikeluarkan pada 2 Mei 2020,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) pada Selasa.
BACA: Pejabat kerajaan beroperasi dengan kehadiran berpadanan pada hari pertama PKPB
Selain itu, kenyataan sama turut menyebut, Rapid KL menafikan berlaku kesesakan di stesen MRT Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin iaitu hari pertama PKPB dikuatkuasakan seperti tular di media sosial.
“Keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kesesakan luar biasa berlaku,” tegas Rapid KL.
Topic Berkaitan
#Bekerja Dari Rumah
#Bukit Bintang
#coronavirus
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#MRT
#penjawat awam
#PKPB
#Rapid KL
#Semak Fakta
#SemakFakta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan