awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Polis terpaksa bertegas halang orang luar laksana solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/05/2020
03:11 MYT
PKPB: Polis terpaksa bertegas halang orang luar laksana solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara
Solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara hanya dibenarkan untuk 30 orang sahaja, terdiri daripada kakitangan mereka sendiri. - Foto Bernama
Walaupun berulang kali diberitahu tiada kebenaran untuk solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, namun masih ada segelintir orang luar yang cuba melakukan ibadah itu di luar perkarangan masjid berkenaan.
Tinjauan Astro AWANI di kawasan itu sejak awal pagi mendapati, terdapat cubaan oleh sekumpulan umat Islam, termasuk warga tempatan dan asing untuk melakukan solat sunat itu, walaupun masih di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Media difahamkan, solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara hanya dibenarkan untuk 30 orang sahaja, terdiri daripada kakitangan mereka sendiri, dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara,
Namun, baru sahaja mengangkat takbir, mereka telah diarahkan berhenti oleh berapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM) yang tiba di situ, kerana melanggar PKPB yang ditetapkan, dan diarahkan berkumpul di hadapan perkarangan Masjid Negara.
Pihak polis bagaimana pun membenarkan kesemua individu berkenaan untuk bersurai, dan hanya diberi amaran keras untuk tidak berkumpul lagi.
Sebelum ini media melaporkan, hanya Masjid Negara sahaja yang dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat, solat berjemaah, solat Terawih dan solat sunat Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya berkata, kebenaran itu diberikan kepada Masjid Negara kerana masjid itu satu-satunya rumah ibadat umat Islam yang berada dalam kawasan zon hijau.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Angkatan Tentera Malaysia
#Astro Awani
#JAKIM
#langgar pkpb
#Masjid Negara
#PDRM
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan