awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UEL: Emery gembira reaksi pemain pamer kebangkitan
BateriHub tersenarai dalam ASEAN Records sebagai rangkaian peruncitan bateri kereta terbesar
Individu terkaya Indonesia, Prajogo Pangestu rugi AS$9 bilion dalam dua hari selepas laporan MSCI Inc
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB Sabah, Lembah Klang: Perkhidmatan kerajaan terus beroperasi

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2020
11:02 MYT
PKPB Sabah, Lembah Klang: Perkhidmatan kerajaan terus beroperasi
Mohd Zuki berkata, ketua jabatan juga hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan sewajarnya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Semua perkhidmatan kerajaan akan terus beroperasi dengan mengadaptasi sistem penggiliran dan bekerja dari rumah (BDR) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dan Lembah Klang.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata setiap ketua jabatan dikehendaki mematuhi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31JLD.6(6) bertarikh 2 Mei 2020.
"Ketua jabatan juga hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan sewajarnya dalam perkara ini di samping memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menyediakan pensanitasi tangan.
"Pelaksanaan ini turut diguna pakai bagi mana-mana kawasan yang diisytiharkan PKPB," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Tambah beliau, penggunaan aplikasi atas talian juga perlu diberi keutamaan bagi meminimumkan perkhidmatan secara bersemuka seperti kaunter dan mesyuarat, selari dengan amalan penjarakan fizikal.
Ujarnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.
Sumber Facebook TanSriZukiAli
Topic Berkaitan
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#operasi perkhidmatan kerajaan
#Tan Sri Mohd Zuki Ali
#ketua setiausaha negara
#KSN
#SOP keselamatan
#Pekerja
#penjawat awam bertugas COVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan