KOTA KINABALU:Ibadah di masjid dan surau di seluruh Sabah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa serta-merta sehingga 20 Disember 2020.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran tersebut diluluskan setelah meneliti cadangan dari Mufti Negeri Sabah.
"Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan Mufti Negeri Sabah untuk membenarkan aktiviti di masjid dan surau ketika PKPB berkuat kuasa mulai 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.
"Aktiviti ibadah di masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat berjemaah lima waktu dan solat jumaat di semua zon di negeri ini.
"Bilangan jemaah solat lima waktu di masjid dan surau bagi seluruh zon di Sabah ialah 1/3 kapasiti dewan solat utama masjid dan surau, manakala, bilangan ahli solat jumaat adalah mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Jelasnya lagi kuliah agama dan kelas agama turut dibenarkan untuk diadakan di dewan solat, dewan besar dan bilik khas masjid.
"Aktiviti dan program masjid dan surau dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam seperti kuliah Maghrib, dhuha dan sebagainya.
"Aktiviti kelas agama dibenarkan diadakan di dewan atau bilik khas masjid tidak melebihi lima jam dan bilangan peserta tidak melebihi 20 orang dengan menjaga disiplin diri dan mematuhi semua SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak berwajib," katanya.
BACA ARTIKEL BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Menurut Masidi, majlis akad nikah dibenarkan diadakan di dewan atau bilik khas masjid dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang mengikut saiz ruang majlis dengan menjaga disiplin diri dan mematuhi semua SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti jamuan makan dan minum dalam bentuk bungkusan sahaja yang dibenarkan.
BACA ARTIKEL BERHUBUNG PKPB DI SINI
Bagi had umur dewasa, tiada had umur ditetapkan kecuali kanak-kanak, tambahnya.
Had umur kanak-kanak yang dibenarkan hadir ke masjid dan surau adalah 10 tahun ke atas.
Sementara itu, Masidi turut memaklumkan kebenaran beroperasi bagi semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari pengamal pengubatan Islam.
"Semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari termasuk fasiliti pengamal pengubatan Islam adalah dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Antara perkara yang ditetapkan ialah petugas mesti sentiasa memakai alat perlindungan diri apabila berurusan dengan pelanggan.
"Pelanggan wajib memakai pelitup muka, menjalani saringan suhu badan dan gejala di pintu masuk premis dan menggunakan Aplikasi MySejahtera atau secara manual," katanya.
Pada Selasa jumlah kes positif baharu COVID-19 adalah sebanyak 271 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 31,057 kes.
Empat kes kematian dicatatkan iaitu dua kes di daerah Tawau, Tuaran (satu) dan Lahad Datu (satu).
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Dec 08 2020
Majlis akad nikah dibenarkan diadakan di dewan atau bilik khas masjid dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang mengikut saiz ruang majlis dengan menjaga disiplin diri. - Gambar hiasan
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.
Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.
Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.
Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.
Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).