KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru dilanjutkan bermula 9 sehingga 22 Januari 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,303 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 555 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
Selain itu kata Ismail Sabri, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di submukim Ipoh, Perak bermula 7 sehingga 20 Januari 2021.
Katanya, KKM mengesahkan terdapat 106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan secara bertaburan di dalam submukim Ipoh dan daripada jumlah itu sebanyak 89 kes adalah daripada jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari.
Dalam pada itu ujarnya, seramai 194 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP pada Selasa yang juga hari ke-211 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan.
Sementara itu katanya, Operasi Benteng telah berjaya menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong serta merampas tujuh buah kenderaan darat.
Selain itu, katanya sebanyak 21 operasi sanitasi dilaksanakan meliputi 21 zon merah, dua zon jingga, dua zon kuning dan tiga zon hijau yang melibatkan 11 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan.
Ujarnya lagi, seramai 7,996 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 90,744 individu telah dibenarkan pulang.
Astro Awani
Wed Jan 06 2021

Ismail berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di submukim Ipoh, Perak bermula 7 sehingga 20 Januari 2021. - BERNAMA

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan sehingga 14 Mac
Pembukaan sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan selama dua minggu berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac depan.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Kes jangkitan tertinggi direkodkan di Selangor sebanyak 633 kes, diikuti Perak (545), Johor (276), Kuala Lumpur (122) dan Pulau Pinang (93).

Rentas sempadan boleh dipertimbang jika negara mencapai imuniti kelompok
Jika perkara itu berlaku, beberapa prosedur operasi standard (SOP) boleh dikaji semula termasuk membenarkan rentas sempadan.

PKPD di dua kawasan di Sabah dan satu kawasan di Sarawak
Keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti tersebut dibuat setelah KKM mengesahkan peningkatan mendadak kes baharu positif COVID-19.

Pfizer perlu kemuka dokumen kepada NPRA jika ada perubahan spesifikasi suhu
Dr Hishamshah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) masih mengekalkan suhu penyimpanan asal bagi mengelakkan keberkesanan vaksin berkenaan terjejas.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

Dr Zulkifli, Ronald Kiandee terima suntikan vaksin COVID-19
Dr Zulkifli selesai menerima vaksin berkenaan sekitar jam 3.15 petang Jumaat di Pusat Kesihatan Daerah Precint 11, Putrajaya.

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin, kata menteri
Zulkifli berkata, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.