KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu akan mula dikuatkuasakan bermula 6 Mac sehingga 19 Mac depan.
"Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan," katanya pada sidang media di sini.
Ujarnya, PKPD itu akan memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni yang terlibat serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPD di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills di Bintulu, Sarawak bermula Jumaat hingga 18 Mac.
"Sehingga 3 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 1,247 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 84 kes positif telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.
"KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi," katanya.
Jelasnya, arahan PKPD itu akan membolehkan pelaksanaan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 04 2021

KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi. - Gambar fail

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

COVID-19: Olimpik Tokyo boleh dibatal jika 'situasi menjadi mustahil' - Setiausaha Agung LDP
Pembatalan temasya sukan terbesar itu boleh dilakukan pada bila-bila masa berdasarkan situasi penularan gelombang baharu COVID-19 di Jepun.

Politik | Permohonan Pejuang daftar parti didengar 31 Mei
Permohonan parti pejuang tanah air (Pejuang) untuk mencabar tindakan menteri dalam negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu, didengar pada 31 Mei ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang menetapkan tarikh tersebut pada pengurusan kes hari ini berkata mahkamah perlu mendengar kes itu dengan kadar segera kerana ia merupakan kes kepentingan awam.

Kartel rokok: Kajian semula ke atas rantaian pembekalan perlu dilakukan - Akhbar Satar
Akhbar Satar mencadangkan perkara itu dalam usaha menangani super kartel rokok seludup yang telah merugikan negara.

Pengenalan Identiti Digital Nasional
Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Professor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Rangkaian, UPM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri | KKM cadang rentas negeri ditangguhkan semasa Aidilfitri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

Ke bazar Ramadan? Patuh SOP, elak jangkitan
Kita lihat ada bazar yang sesak, namun saya tidak nafikan ada yang ikut SOP yang betul, tapi ada tempat yang melaporkan kesesakan.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Keputusan PKP Sarawak akan diketahui esok - Uggah
Ia setelah kenyataan berkenaan status PKP di Sarawak oleh MKN ditarik semula pada Rabu.

PKPD di Kg. Juara, Pulau Tioman tamat esok, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, ditamatkan esok, lebih awal daripada jadual asal iaitu 20 April.

4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula esok - Ismail Sabri
Kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

7 daerah di Kelantan dikenakan PKP - Ismail Sabri
Keputusan melaksanakan PKP itu dibuat ekoran berlaku peningkatan kes mendadak dan atas persetujuan kerajaan Kelantan.

8 kawasan di Temerloh, Sandakan, Kota Belud dikenakan PKPD bermula esok
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 hingga 27 April 2021.

COVID-19: SOP tidak 'standard' faktor ancaman gelombang keempat - Pakar
Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian, menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.

PKPD di Kampung Meruntum, Putatan - Ismail Sabri
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah bermula esok sehingga 26 April depan.