SEBANYAK 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Susulan pelaksanaan PKPD dalam skala agak besar kali ini dan mungkin ramai penduduk tidak begitu peka dengan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan, Astro AWANI senaraikan antara SOP PKPD penting berdasarkan sidang media Ismail Sabri.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di https://www.mkn.gov.my.

Berikut antara perkara yang DIBENARKAN dan TIDAK DIBENARKAN