awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Kampung Teluk Sitiawan dan Felda Triang 3 Bera ditamatkan esok - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
23/02/2021
10:12 MYT
PKPD Kampung Teluk Sitiawan dan Felda Triang 3 Bera ditamatkan esok - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan penurunan kes baharu di dua lokaliti terbabit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Sitiawan, Perak dan Felda Triang 3, Bera bermula 24 Februari 2021 (Rabu).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan penurunan kes baharu di dua lokaliti terbabit.
"Sehingga kini KKM telah laksanakan 131 ujian saringan, secara kumulatif 26 kes positif COVID-19 direkodkan. KKM mengesahkan baki kes positif menunjukkan trend penurunan dan tiada kes baharu dikesan selepas 17 Februari 2021.
"Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Teluk Sitiawan Perak pada 24 Februari seperti dijadualkan," katanya dalam sidang media pada Selasa.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 23 Feb 2021
Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Triang 3, Bera, Pahang pula jelas Ismail Sabri ditamatkan lebih awal susulan trend penurunan jangkitan COVID-19 di kawasan tersebut.
"KKM telah menyelesaikan 237 ujian saringan dan jumlah itu secara kumulatif mendapati 11 kes positif direkodkan. KKM mengesahkan situasi penularan jangkitan menunjukkan penurunan dan terkawal.
"Sehubungan itu, pihak kerajaan atas nasihat KKM bersetuju menamatkan PKPD di Felda Triang 3, Bera pada 24 Februari lebih awal dari tarikh di tetapkan,"katanya.
PKPD Kampung Teluk, Sitiawan dilaksanakan selama 14 hari bermula 11 sehingga 24 Februari 2021 manakala PKPD Felda Triang 3, Bera, Pahang bermula 17 Februari sehingga 3 Mac 2021.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#Felda
#ujian saringan
#PKPD
#COVID-19
#kes positif
#perintah kawalan pergerakan
#Kementerian Kesihatan
#menteri
#kerajaan
#Pahang
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan