awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Penjara Seremban dilanjut, PKPD Kg Sabah Baru ditamatkan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2020
09:10 MYT
PKPD Penjara Seremban dilanjut, PKPD Kg Sabah Baru ditamatkan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, lanjutan itu bermula 8 sehingga 21 Disember depan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan selama 14 hari lagi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu bermula 8 sehingga 21 Disember depan.
"Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, bermula 24 November dan dijadualkan berakhir hari ini, 7 Disember.
"Sehingga 4 Disember, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,582 ujian saringan dan sebanyak 964 kes positif COVID-19 telah direkodkan di penjara ini yang melibatkan tahanan dan kakitangan.
"KKM turut mengesahkan terdapat baki 185 sampel saringan melalui ujian saringan kedua yang masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, pada hari ini seperti yang dijadualkan.
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di kampung berkenaan bermula 10 November, yang kemudiannya dilanjutkan lagi dan dijadualkan tamat pada 7 Disember.
"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 2,054 ujian saringan dan sebanyak 382 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti ini.
"KKM turut mengesahkan kesemua sampel saringan telahpun diperolehi dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan," katanya.Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan selama 14 hari lagi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu bermula 8 sehingga 21 Disember depan.
"Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, bermula 24 November dan dijadualkan berakhir hari ini, 7 Disember.
"Sehingga 4 Disember, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,582 ujian saringan dan sebanyak 964 kes positif COVID-19 telah direkodkan di penjara ini yang melibatkan tahanan dan kakitangan.
"KKM turut mengesahkan terdapat baki 185 sampel saringan melalui ujian saringan kedua yang masih menunggu keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, pada hari ini seperti yang dijadualkan.
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di kampung berkenaan bermula 10 November, yang kemudiannya dilanjutkan lagi dan dijadualkan tamat pada 7 Disember.
"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 2,054 ujian saringan dan sebanyak 382 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti ini.
"KKM turut mengesahkan kesemua sampel saringan telahpun diperolehi dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan," katanya.
Topic Berkaitan
#PKPD
#COVID-19
#penjara
#Seremban
#Lahad Datu
#tamat
#lanjut
#penjara seremban
#kuarters penjara seremban
#dilanjutkan
#PKPB
#PKPP
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan