Skip to main content

Malaysia

PKPP: Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

71597655403_IsmailSabriYaakob.jpg
71597655403_IsmailSabriYaakob.jpg
Advertisement
Seramai  51 individu telah dikompaun manakala 28 individu pula direman atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat. (28 Ogos).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesemua mereka ditahan oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berikut adalah lima tumpuan utama dalam kenyataan medianya pada Sabtu:

1) 51 individu dikompaun dan 28 direman selepas ingkar arahan PKP.

2) 64,776 pemeriksaan dijalankan oleh Task Force Pematuhan Operasi.

3) 64 sekatan jalan raya dilaksanakan dengan 30,120 buah kenderaan diperiksa dalam Operasi Benteng yang dijalankan di seluruh negara pada Jumaat.

4) 8,464 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 56 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

5) 8 tapak binaan diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di seluruh negara melibatkan 29 anggota penguat kuasa.

Must Watch Video

Advertisement