Kepimpinan PKR Kelantan akan akur sebarang keputusan pimpinan peringkat Pusat termasuk untuk melepaskan jawatan di negeri itu.
Perwakilan PKR Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, walaupun melepaskan jawatan merupakan langkah yang agak perit, namun keputusan kepimpinan Pusat perlu dituruti.
"Sebagaimana kita berorganisasi, kita harus menuruti secara ilmiah dan teratur, di mana ada penambahbaikan dan ruang tertentu yang boleh dibaiki.
"Kami melihat pandangan kepimpinan PKR Pusat adalah yang terbaik. Kita telah jelaskan, perkara ini tidak harus menyebabkan kita bercakaran dan berakhir dengan tanda soal.
"Peringkat negeri pun telah buat keputusan. Mungkin ada sedikit keperitan dalam melepaskan jawatan tersebut," katanya kepada Astro AWANI pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan Ke-12 di sini hari ini.
Mohammad Azihan berkata demikian mengulas pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail susulan mesyuarat Biro Politik Keadilan pada 16 Mei lalu.
Dr Wan Azizah berkata, PKR membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil parti itu di Kelantan - termasuk ahli majlis tempatan dan lantikan di syarikat berkaitan kerajaan negeri - perlu melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu susulan tindakan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR pada 11 Mei lalu kerana mendakwa begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat kerjasama politik itu menurut pertimbangan hukum Syarak dan akhlak Islam.
Mohammad Azihan yang juga Ketua Penerangan PKR Kelantan sebelum itu menyampaikan ucapan perbahasan ke atas ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Antara jawatan yang dipegang oleh kepimpinan PKR Kelantan termasuk pengerusi beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri, pimpinan rakyat di peringkat kampung dan daerah serta pelbagai lagi.
Harits Asyraf Hasnan
Sun May 21 2017
MOHAMMAD AZIHAN: Kami melihat pandangan kepimpinan PKR Pusat adalah yang terbaik. Kita telah jelaskan, perkara ini tidak harus menyebabkan kita bercakaran dan berakhir dengan tanda soal. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
E. Elavarasan lepas jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara
E. Elavarasan secara rasminya melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad B-23 negara.
Norza lepas jawatan Presiden BAM selepas Olimpik Paris 2024
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini mengumumkan akan meninggalkan badan induk itu sejurus selepas temasya Olimpik Paris 2024.
Md Nor lepas jawatan Pengerusi Tabung Haji berkuat kuasa hari ini
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Tan Sri Md Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuat kuasa hari ini
Surina lepas jawatan CEO MDEC berkuat kuasa 31 Ogos
Surina menyifatkan pengalamannya menerajui MDEC sebagai amat bermakna termasuk dalam mengetengahkan agenda ekonomi digital negara.
Kevin sah lepas jawatan CEO MFL
Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuat kuasa 1 Disember juga diumumkan.
Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut
Memandangkan beliau masih memegang jawatan itu, seelok-eloknya beliau dibiarkan menghabiskan tempoh menyandang jawatan tersebut sehingga 2021.
Ahli gabungan Kafa mahu Bibi Ramjani undur secara terhormat
Lepaskan jawatan secara terhormat atau berdepan dengan undi tidak percaya pada kongres tergempar persatuan itu dalam masa dekat.
Pemuda UMNO desak Ahmad Zahid letak jawatan?
Menurut sumber, desakan itu bakal dibuat dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang diadakan hari ini di Ibu Pejabat UMNO di Bangunan Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Guan Eng nafi letak jawatan
Jawapan Guan Eng sekali gus menamatkan spekulasi yang tersebar sejak sebulan lalu.
UMNO Sungai Petani: Naib Ketua, tiga ketua sayap lepas jawatan
Pengumuman itu dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Muhamad Effendi Mashum pada satu sidang media tergempar yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang Ahad.