KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membentuk satu jawatankuasa kepimpinan baharu menerusi mesyuarat yang diadakan di sini hari ini.
Pembentukan jawatankuasa itu susulan pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri manakala Ketua Cabang Lipis Rizal Jamin sebagai Timbalan Pengerusi oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Mei lepas.
Fuziah dalam kenyataan malam ini berharap kepimpinan baharu dapat memainkan peranan dan dilibatkan secara jelas serta penuh dalam segala urusan dan aktiviti berkaitan kerajaan negeri secara langsung atau tidak langsung.
Beliau berkata pihaknya menyedari bahawa hubungan serta kerjasama erat kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting untuk manfaat rakyat Pahang seperti yang dibuktikan atas komitmen bersama Perdana Menteri serta rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
"Mesyuarat juga memutuskan untuk turut serta membantu jentera bagi memberi kemenangan calon Keadilan (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Pulau Pinang yang telahpun bermula kempennya hari ini," katanya.
Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Ketua Cabang Kuantan Fakhrul Anuar Zulkawi sebagai Naib Pengerusi 1 manakala Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang sebagai Naib Pengerusi 2 dan Ahli Dewan Negara Manolan Mohamad dilantik sebagai Naib Pengerusi 3.
Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang pula dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang dan Haslindalina Hashim dilantik sebagai Ketua Wanita Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Fuziah berharap kepimpinan baharu dapat memainkan peranan dan dilibatkan secara jelas serta penuh dalam segala urusan dan aktiviti berkaitan kerajaan negeri secara langsung atau tidak langsung. - Gambar fail/BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
PKR Pahang bentuk jawatankuasa kepimpinan baharu
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membentuk satu jawatankuasa kepimpinan baharu menerusi mesyuarat yang diadakan hari ini.
PRU15: PKR optimis menang 4 kerusi DUN, pertahan 2 Parlimen di Pahang
Dua kerusi DUN yang dapat dipertahan ialah Semambu dan Teruntum manakala kerusi Parlimen ialah Kuantan dan Indera Mahkota.
PH dicadang guna logo PKR pada PRU15
PKR percaya semua parti dalam PH bersikap terbuka dan tidak prejudis terhadap cadangan tersebut kerana mewakili suara akar umbi.
Saya belum terima surat pemecatan - Zakaria
Beliau yang baru kembali dari luar negara berkata beliau hanya mendapat berita mengenai pemecatannya pada Ahad lepas melalui media.
Tiada ugutan, tawaran kepada Tok Batin - Fuziah
Tiada ugutan atau tawaran dibuat kepada Tok Batin di Cameron Highlands untuk mendapatkan undi, tegas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh.