awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS mampu sumbang 50 peratus KDNK menjelang 2030

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/11/2020
03:00 MYT
PKS mampu sumbang 50 peratus KDNK menjelang 2030
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya sasaran tersebut akan dapat dicapai dalam tempoh 10 tahun lagi.
KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Koperasi dan Usahawan (MEDAC) berharap agar Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Koperasi mampu menyumbang 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya sasaran tersebut akan dapat dicapai dalam tempoh 10 tahun lagi, lapor Bernama.
Jelas beliau, meskipun banyak perniagaan gulung tikar dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, namun lebih 80,000 usahawan PKS baharu telah didaftarkan.
Trend tersebut menunjukkan, rakyat kini lebih ramai menceburkan diri sebagai usahawan khususnya perniagaan dalam talian dan ia secara tidak langsung dapat membantu memulihkan kembali ekonomi negara.
"Hasrat kita mengikut hasrat kerajaan di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030, 10 tahun daripada sekarang kita berharap PKS boleh menyumbang sebanyak 50 peratus KDNK negara.
"Ketika ini jika dilihat dari sudut lain iaitu koperasi, ia mempunyai ahli enam juta dan koperasi seramai lebih 14,600 itu telah menyumbang sebanyak RM4 bilion, ketika ini," katanya pada sidang media, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata MEDAC juga menyasarkan agar 14,625 koperasi di seluruh negara dapat menyumbang sehingga RM100 bilion kepada KDNK pada 2030 berbanding RM40 bilion ketika ini.
Menurutnya, ini boleh dicapai menerusi Transformasi Koperasi 2020 yang telah diluluskan oleh kerajaan pada dua minggu lepas.
"Di bawah Transformasi Koperasi 2020, kita mahu 80 peratus ahli koperasi yang kini di bawah kategori B40 dapat bangkit dan berubah kepada M40 atau lebih lagi dengan manfaatnya dapat dikongsi bersama," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#PKS
#KDNK
#Medac
#COVID-19
#pandemik
#Transformasi Koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan