awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS penting untuk capai matlamat sifar bersih - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
18/09/2024
21:20 MYT
PKS penting untuk capai matlamat sifar bersih - Nik Nazmi
Melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha menuju kelestarian adalah satu daripada cabaran utama bagi Malaysia mencapai cita-cita sifar bersih, kata Nik Nazmi. - Gambar fail Astro AWANI
SINGAPURA: Melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha menuju kelestarian adalah satu daripada cabaran utama bagi Malaysia mencapai cita-cita sifar bersih, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bercakap pada sesi panel Sidang Kemuncak Asia Tahunan ke-11 Institut Milken, di sini, menteri itu menekankan kepentingan merangkumi PKS dalam penyelesaian, kerana mereka merupakan tunjang utama dalam banyak ekonomi, termasuk Malaysia.
"Saya percaya banyak syarikat besar telah berjaya menangani banyak isu ini. Bursa Saham Kuala Lumpur sangat menuntut dalam hal piawaian kelestarian, jadi banyak perkara ini telah berurat berakar dengan baik.
"Satu daripada cabaran bagi kami ialah peralihan yang adil, untuk memastikan peralihan itu seboleh-bolehnya merangkumi semua, terutama bagi pekerja dan syarikat, khususnya PKS," katanya semasa sesi bertajuk "Powering the Transition to Sustainability-Centered Growth."
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menyumbang 96.9 peratus (1,101,725 firma) daripada keseluruhan penubuhan di Malaysia pada 2023, menurut data dari Jabatan Perangkaan.
Apabila ditanya bagaimana beliau membayangkan keadaan ini dalam tempoh 10 tahun, Nik Nazmi berkata, dengan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim dan Pelan Adaptasi Kebangsaan yang sedang dalam proses penggubalan, Malaysia akan mempunyai platform yang lebih kukuh untuk mengukur pencapaiannya berkaitan cita-cita sifar bersih.
Beliau turut berharap ASEAN, sebagai satu daripada rantau yang paling terdedah kepada perubahan iklim, dapat bersatu dan mempunyai suara yang lebih kuat di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan isu kelestarian bagi negara-negara membangun.
"ASEAN perlu bersatu kerana dengan populasi 670 juta orang, kita akan menjadi ekonomi keempat terbesar (menjelang 2030). Itu adalah sesuatu yang kita perlu manfaatkan," katanya.
Nik Nazmi turut berharap kelestarian sebagai dasar negara akan kekal dwipartisan, tidak kira parti politik mana yang memegang kuasa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#perusahaan kecil dan sederhana
#sifar bersih
#ekonomi malaysia
#Nik Nazmi Nik Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan