awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp

Bernama
Bernama
19/03/2024
05:22 MYT
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp
LiKES yang dilancarkan semalam membolehkan syarikat terlibat melatih bakat tempatan menerusi latihan industri dengan mengoptimumkan insentif disediakan kerajaan bagi meringankan beban mereka. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) Thomas Mathew dalam kenyataan berkata LiKES yang dilancarkan semalam membolehkan syarikat terlibat melatih bakat tempatan menerusi latihan industri dengan mengoptimumkan insentif disediakan kerajaan bagi meringankan beban mereka.
"Aspek utama pengukuhan penyaluran permintaan dan bekalan tenaga kerja terletak pada pelaksanaan latihan industri yang berstruktur. Latihan industri yang berstruktur berperanan sebagai salah satu strategi utama untuk membangunkan bakat yang berkualiti.
"Ia juga berperanan mengurangkan pengangguran belia, menangani ketidakpadanan kemahiran dan guna tenaga tak penuh, serta meningkatkan kemahiran bakat untuk memenuhi keperluan industri semasa dan masa depan," katanya.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Steven Sim melancarkan LiKES yang merupakan inisiatif baharu di bawah TalentCorp, melibatkan keseluruhan geran padanan RM30 juta oleh kerajaan yang akan memanfaatkan 30,000 pelatih amali.
Geran padanan LiKES merangkumi tempoh latihan sehingga enam bulan dengan pemohon berkelayakan perlu menawarkan penempatan latihan sekurang-kurangnya 10 minggu dan menyediakan elaun minimum latihan industri.
Thomas berkata peningkatan pelajar di institut pengajian tinggi menyebabkan mereka yang perlu menjalani latihan industri melebihi 277,000 orang setiap tahun justeru terdapat keperluan untuk menyemak semula latihan itu termasuk kesediaan syarikat dalam menawarkan penempatan kepada pelajar.
Beliau berkata bengkel berkaitan hala tuju latihan industri negara anjuran TalentCorp pada Julai tahun lepas mendapati tidak semua syarikat dapat menyediakan latihan industri berstruktur dengan elaun atas pelbagai sebab.
Sehubungan itu, LiKES katanya ialah langkah intervensi proaktif untuk membangunkan dan mempersiap bakat muda sama ada pelajar universiti atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi keperluan industri ke arah merangsang ekonomi PKS, pasaran kerja dan saluran bakat.
"LiKES juga bertujuan untuk meringankan kos sara hidup pelatih industri terutamanya kepada mereka di bandar besar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, iaitu lokasi kebanyakan penempatan latihan industri ditawarkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TalentCorp
#PKS
#syarikat pemula
#geran LiKES
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan