PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan 18 laluan Smart Lane di lokasi tumpuan di lebuh rayanya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik ketika cuti Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, Smart Lane tersebut tidak dibuka setiap masa, sebaliknya hanya diaktifkan ketika kawasan itu menghadapi kesesakan teruk.
Menurutnya, ketika laluan itu diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong.
Tambah beliau, PLUS turut melakukan penambahbaikan dengan pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan Smart Lane telah diaktifkan.
“Kita juga sediakan lebih banyak lagi papan tanda di lokasi tersebut. Satu kilometer sebelum Smart Lane akan ada papan tanda.
“Selepas satu kilometer, dalam 500 meter sebelum Smart Lane, ada satu lagi papan tanda.
“Pengguna hanya boleh masuk Smart Lane kalau nampak lampu hijau. Kalau nampak lampu berkelip hijau, boleh masuk ke laluan tersebut,” katanya.
Tambah beliau, Smart Lane hanya akan diaktifkan pada waktu siang kerana agak berbahaya untuk pengguna motosikal sekiranya diaktifkan pada waktu malam.
Katanya lagi, PLUS akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam menghebahkan pengaktifan laluan itu di media sosial.
Nik Airina berkata demikian pada sesi Taklimat Media PLUS Pertingkatkan Persediaan Menguruskan Pertambahan Trafik Sempena Musim Perayaan di Persada PLUS pada Rabu.
Antara lokasi Smart Lane tersebut ialah laluan dari Gua Tempurung ke Gopeng, Slim River ke Sungkai, Setia Alam ke Shah Alam, Bukit Tambun (U) ke Plaza Tol Juru dan Bandar Cassia ke Hentian Sebelah Sungai Bakap.
Lorong Smart Lane juga akan diaktifkan di laluan Port Dickson ke Seremban, Kulai ke Senai dan Pandan ke Kempas.
Dalam pada itu, PLUS menjangkakan 2.1 juta trafik pada waktu puncak semasa perayaan Aidilfitri kelak, peningkatan 15 peratus berbanding 1.82 juta trafik pada hari biasa.
PLUS menetapkan 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April 2024 sebagai tarikh puncak yang mana melibatkan pergerakan pulang ke kampung dan juga kembali ke Lembah Klang.
Ridauddin Daud
Wed Mar 27 2024
Ketika laluan Smart Lane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Bersatu hantar surat kepada semua Ahli Parlimen, ADUN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah menghantar surat arahan bertulis majlis pimpinan tertinggi parti kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat itu mengandungi lima perkara utama bagi mengingatkan ahli parti tentang tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Bersatu.
Enam ahli Bersatu yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan semua arahan yang dilampirkan bersama surat khusus yang dihantar kepada mereka.
Baling bom petrol di pusat hiburan: dua lagi lelaki didakwa
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua
[TERKINI] Tujuh individu termasuk ahli keluarga direman pada Sabtu
Tujuh individu yang ditahan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu bagi mendapatkan perintah reman.
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Trafik di lebuh raya utama sesak
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak di Pulau Pinang dari Jawi ke Bandar Cassia.
PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.
Pemandu hilang kawalan punca kemalangan tujuh kenderaan - Polis
Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres malam tadi berpunca daripada kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas.
Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan
Dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan 4WD dan pemandu Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.
PLUS tambah baik Smart Lane sempena Aidilfitri
Antaranya ialah menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan iaitu dari segi reka bentuk serta kuantiti.
Projek pelebaran Lebuhraya PLUS diteruskan sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga Ayer Hitam.
Jangan halang pemandu lain guna Smart Lane - PDRM
Memandu laju di laluan tersebut juga merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.