NATIONAL
PM Anwar hadir rumah terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Anwar (foto) menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI sempena lawatan kerja sehari ke Kuching. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI di sini, dalam lawatan kerja sehari beliau di Kuching.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI sempena lawatan kerja sehari ke Kuching.
- Anwar juga menghadiri Mesyuarat Khas dan Taklimat Pembangunan Sarawak serta Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.
- Lebih 10,000 orang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Sarawak, dan Anwar dijadualkan berangkat pulang ke ibu negara pada 3.30 petang.
Terdahulu pagi tadi Anwar bersama Abang Johari dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri Mesyuarat Khas dan Taklimat Pembangunan Sarawak selama kira-kira sejam di Wisma Bapa Malaysia, sebelum ke Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 12 tengah hari untuk turut sama memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI.
Lebih 10,000 orang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Sarawak itu yang dianjurkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri.
Perdana Menteri dijadualkan berangkat pulang ke ibu negara dengan pesawat khas pada 3.30 petang ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami