Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] PM Anwar mohon maaf tidak dapat sertai Sidang Khas RCI Tabung Haji

PORT DICKSON, 24 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penduduk selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Qariah Kampung Sawah Sunggala hari ini._BERNAMA
Perdana Menteri Anwar menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau serta mengingati ulang tahun kelahirannya yang ke-79 pada Isnin. - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar turut mendoakan agar persidangan berjalan lancar dan akan mengikuti perbahasan secara dekat.

“Perdana Menteri turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar.

“Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul memaklumkan keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.

Semalam, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau, selain atas ingatan serta ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79 pada Isnin.

 

Must Watch Video

Advertisement