Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Ogos 2026.

1. Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut hukum syarak - Zulkifli

Pendeposit Lembaga Tabung Haji tidak perlu bimbang mengenai status pelunasan zakat mereka kerana kewajipan itu telah dilaksanakan dengan sempurna dan berlandaskan hukum syarak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.

2. Sidang Khas Laporan RCI Tabung Haji: Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, wakil Bersatu kekal

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan untuk meneruskan Persidangan Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung Lembaga Tabung Haji hari ini.

3. RCI Tabung Haji: Dakwaan aset dijual kepada bukan Islam, Cina adalah fitnah - Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan menegaskan tiada aset Lembaga Tabung Haji dijual kepada bukan Islam atau orang Cina seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

4. Bank Negara beri amaran lima kali mengenai kedudukan kewangan TH - Zulkifli

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan surat peringatan sebanyak lima siri kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Menteri Hal Ehwal Agama mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

5. RCI Tabung Haji: Pelaburan dalam Putrajaya Perdana heret TH dalam urus niaga 1MDB, rugi RM145.3 juta

Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) serta meletakkan Pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana, mengheret TH dalam urus niaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga TH mengalami kerugian RM145.3 juta.

6. RCI Tabung Haji: Polisi rosot nilai TH diubah dua kali dalam sehari bagi tingkat keuntungan 2017

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati polisi rosot nilai Lembaga Tabung Haji (TH) telah diubah daripada 70 peratus kepada 85 peratus dan seterusnya 90 peratus dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017, sekali gus membolehkan keuntungan tahun berkenaan ditingkatkan untuk pembayaran agihan keuntungan.

7. Saman sivil 1MDB: 'Tidak selesa simpan AS$620 juta, Najib pulangkan dana selepas PRU13'

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memulangkan AS$620 juta daripada AS$681 juta yang didakwa diterimanya sebagai “derma” Arab, kerana beliau tidak selesa menyimpan jumlah wang yang begitu besar di dalam akaun banknya.

8. TH catat kerugian RM13 bilion daripada 14 pelaburan, tujuh rugi 100 peratus - Amir Hamzah

Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat kerugian hampir RM13 bilion menerusi 14 pelaburan bermasalah dengan tujuh daripadanya merekodkan kerugian 100 peratus, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

9. Trofi eksklusif emas 12.5kg menanti juara Piala Lee Chong Wei

Trofi eksklusif seberat 12.5 kilogram, setinggi 60 sentimeter, bersadur emas dan menampilkan imej Datuk Seri Dr Lee Chong Wei bakal menjadi rebutan pada edisi sulung Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei (LCWC) dari 29 Ogos hingga 6 Sept ini.

10. Sektor awam perlu beralih daripada jumlah jawatan kepada keupayaan bakat - KPPA

Sektor awam perlu beranjak daripada melihat kekurangan  perjawatan sebagai punca pelbagai masalah, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh keupayaan bakat pegawai sedia ada bagi memenuhi keperluan masa hadapan.

Must Watch Video

Advertisement