awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun

Bernama
Bernama
05/11/2023
03:30 MYT
PM Anwar, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala. - Gambar Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala.
Kishida tiba di Seri Perdana pada 10 pagi dengan disambut Anwar dan kemudiannya diperkenalkan dengan barisan menteri Kabinet yang hadir iaitu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli; Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sejurus itu, kedua-dua pemimpin negara memulakan pertemuan untuk menilai kemajuan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, alam sekitar dan keselamatan tenaga serta informasi dan komunikasi.
Anwar dan Kishida juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk konflik Palestin-Israel. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Fumio Kishida
#Perdana Menteri Jepun
#kunjungan hormat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan