PM Anwar kunjungi kediaman Gobind Singh Deo, rai Deepavali dengan semangat perpaduan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kunjungi kediaman Menteri Digital Gobind Singh Deo sempena Deepavali, disertai isteri dan beberapa pemimpin kanan. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Digital Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim kunjungi kediaman Menteri Digital Gobind Singh Deo sempena Deepavali, disertai isteri dan beberapa pemimpin kanan.
- Kunjungan bertujuan menyemai semangat perpaduan dan kekitaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
- Anwar seru rakyat manfaatkan Pesta Cahaya untuk memperteguh keharmonian dan menyantuni golongan memerlukan.
"Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang," katanya.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beberapa pemimpin kanan turut hadir, antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Anwar turut memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan berkenaan.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam satu hantaran berasingan menyeru rakyat memanfaatkan sambutan Pesta Cahaya itu untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.
Beliau berkata sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati serta persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk dan diperkukuh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami