awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini

Bernama
Bernama
10/08/2024
04:51 MYT
PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini
Pengguna media sosial turut menyampaikan ucapan hari lahir dan mendoakan agar Perdana Menteri ke-10 itu diberkati dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memuat naik serangkap pantun dan ucapan hari lahir kepada Anwar.
"77 angka keramat,
Iltizam membara seiring usia,
Moga teguh memikul amanat,
Allah berkati hidup bahagia.
"Selamat ulang tahun kelahiran buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," demikian menurut hantaran itu.
PMO turut memuat naik video berdurasi 2 minit 49 saat yang merangkumkan ucapan selamat hari lahir daripada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta jemaah menteri.
Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna media sosial turut menyampaikan ucapan hari lahir dan mendoakan agar Perdana Menteri ke-10 itu diberkati dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ulang tahun kelahiran
#Perdana Menteri
#ke-77
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan