awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sampai sumbangan kepada aktivis reformasi

Bernama
Bernama
08/08/2024
07:00 MYT
PM Anwar sampai sumbangan kepada aktivis reformasi
Sumbangan Perdana Menteri disampaikan menerusi setiausaha politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang melawat Mohd Shamsuri menerusi Ziarah MADANI di Klang, Selangor. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi Mohd Shamsuri Alias bagi membantu mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapinya.
Anwar berkata sumbangan itu disampaikan menerusi setiausaha politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang melawat Mohd Shamsuri menerusi Ziarah MADANI di Klang, Selangor baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata Mohd Shamsuri bergiat aktif bersama PKR cabang Kota Raja sejak awal penubuhan parti berkenaan.
"Saudara Farhan sempat menyampaikan salam saya serta bertanyakan khabar kepada saudara Shamsuri yang kekal tabah berdepan ujian, selain tekal dalam perjuangan.
"Jasa dan pengorbanan para aktivis reformasi yang telah berjuang sejak era reformasi 1998 akan sentiasa dalam ingatan, Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup Mohd Shamsuri dan keluarganya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#sampaikan sumbangan
#aktivis reformis
#Mohd Shamsuri Alias
#Ziarah MADANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan