awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tahanan di rumah: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan Najib terhadap rayuan Peguam Negara
POLITIK
Rayuan bukan penentuan kesetiaan saya - Hishammuddin
MALAYSIA
Pendidik boleh tebus Baucar Buku Guru MADANI mulai hari ini - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global

Bernama
Bernama
25/06/2024
23:15 MYT
PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global
Perdaa Menteri Anwar menyeru untuk memperjuangkan kebangkitan Selatan Global, bagi memupuk dunia yang setiap negara mempunyai tempat dan suara dalam membentuk masa hadapan yang kolektif. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru untuk memperjuangkan kebangkitan Selatan Global, bagi memupuk dunia yang setiap negara mempunyai tempat dan suara dalam membentuk masa hadapan yang kolektif.
Dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkata, ini kerana Selatan Global sedang berubah dan memperlihatkan perubahan dalam negara-negara barat.
"Sebagai contoh, Sepanyol, Ireland dan Norway menjadi lebih tegas dan tanpa rasa bersalah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu global.
"Ini menunjukkan satu langkah ke arah perspektif global yang sebenarnya, di mana pelbagai suara dan pandangan semakin diiktiraf dan dihormati," katanya.
Anwar turut menyatakan bahawa beliau dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, komited untuk memajukan agenda itu.
"Mengimbau semula zaman Zhou Enlai, Sukarno dan Nyerere semasa Persidangan Bandung Asia-Afrika pada tahun 1955, adalah jelas bahawa walaupun dunia telah berkembang, namun sikap merendah-rendahkan yang lain dan pemikiran penjajah masih lagi berterusan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Selatan Global
#isu global
#Presiden Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami