KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Sime Darby Plantation Bhd (Sime Darby Plantation), menjadi pendukung dan pelopor kepada usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dalam sektor peladangan.
Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan syarikat peladangan itu, disasarkan menjadi contoh ikutan kepada pekebun-pekebun kecil pada masa akan datang.
Berkongsi mengenai lawatan kerjanya ke tapak operasi Sime Darby Plantation di Pulau Carey, Selangor, Anwar berkata beliau telah diperlihatkan potensi transformatif mekanisasi, automasi serta digitalisasi kepada sektor perladangan sawit.
"Ini termasuk penggunaan teknologi dan jentera terbaru perladangan seperti robot pengutip buah sawit terlerai berautonomi, serta jentera pengaplikasi baja yang dibangunkan oleh kepakaran dalaman syarikat tersebut.
"SD Plantation juga sedang merintis teknologi canggih yang dilengkapi dengan AI (kecerdasan buatan) dan pembelajaran mesin untuk mengurangkan pergantungan sektor ini, kepada kerja-kerja yang dilakukan secara manual dan seterusnya menarik minat lebih ramai lagi bakat-bakat muda tempatan, untuk melibatkan diri dalam industri sawit negara," kata Perdana Menteri.
Anwar turut menzahirkan kebanggaannya, setelah dimaklumkan bahawa wujudnya teknologi-teknologi di pusat operasi Sime Darby Plantation yang diusahakan oleh syarikat tempatan, seperti eMooVit Technology Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat teknologi tinggi Malaysia yang mengkhusus dalam teknologi kenderaan autonomous dan robotik.
"Dalam usaha sama dengan Sime Darby Plantation, eMooVit telah memajukan pelbagai teknologi termasuk Autonomous Mechanical Buffalow Grabber (AMBG), yakni sebuah kenderaan tanpa pemandu untuk mengutip kelapa sawit," katanya.
Perdana Menteri berkata satu lagi syarikat pemula tempatan yang menjadi rakan kerjasama Sime Darby Plantation ialah Braintree Technologies Sdn Bhd, yang membantu Sime Darby Plantation untuk membina penyembur baja autonomi, bagi memastikan proses pembajaan dilakukan dengan cekap dan tepat.
Selain itu, beliau berharap agar Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dalam sektor peladagangan, akan menggembleng tenaga, dana serta berkongsi minda dengan syarikat-syarikat pemula, bagi memastikan mereka berkembang ke persada antarabangsa dan mencapai potensi maksimum, seperti diilhamkan menerusi kerangka Ekonomi MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Anwar berjabat tangan dengan Pengerusi Sime Darby Plantation Bhd Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani (dua, kanan) pada lawatan kerja ke tapak Operasi Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey, Kuala Langat, 10 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Pembaharuan cukai Malaysia bantu pacu inovasi, teknologi maju - BMI
Pembaharuan cukai menyeluruh itu bertujuan merangsang industri tempatan dan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama, termasuk pembuatan maju.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Penggiat semikonduktor sedia manfaatkan NSS bagi pertingkat kedudukan
Wong berkata NSS meningkatkan lagi rantaian nilai negara di peringkat global dan memacu teknologi pembungkusan, peralatan dan automasi maju.
Urbanisasi: Beri penekanan aspek pelaksanaan di peringkat PBT
Usaha tidak boleh terhenti di situ kerana banyak usaha perlu dilakukan khususnya di peringkat kerajaan tempatan.
Johari mulakan lawatan ke Jepun dengan mengunjungi entiti pertanian
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Malaysia negara paling disayangi di Asia
Malaysia menduduki tangga pertama dalam senarai 20 Negara Paling Disayangi di Asia oleh sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).
Alat penyembut kabus bantu sejukkan suhu badan gajah
Sebuah pusat pemulihan gajah di selatan India, Tamil Nadu memasang alat penyembur kabus untuk memastikan gajah-gajah mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sejuk.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
Penarikan balik WRO terhadap Sime Darby Plantation beri impak positif
Ia antara lain berkait rapat dengan pasaran eksport sawit negara dan reputasi Malaysia untuk tidak dikaitkan dengan amalan buruh paksa.
AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Ia membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.
Sime Darby Plantation akan peroleh buah tandan segar mampan daripada pekebun kecil
WAGS adalah sistem pengurusan yang diasaskan pada 2013 untuk menyediakan sokongan teknikal dan pengurusan kepada pekebun kecil supaya produk mereka diperakui secara bebas.
Kekurangan penuai sawit beri impak keuntungan dari Malaysia - SDP
Akibat kekurangan lebih 4,000 pekerja, operasi hanya boleh mengeluarkan kurang daripada separuh jumlah pengeluaran keseluruhan.
Saham Sime Darby Plantation susut 2.13 peratus berikutan sekatan oleh AS
Sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.
Impak kecil daripada Covid-19, sekatan import minyak sawit oleh India - SD Plantation
Mohamad Helmy berkata sehingga Januari2020, harga MSM sebanyakRM2,700 satu tan tetapi kini ia merosot di bawah RM2,500 satu tan.
Tan Sri Mohd Bakke bakal terajui Felda?
Menurut sumber Felda, Mohd Bakke disebut oleh pekerja dalaman Felda sebagai bakal Pengerusi baharu badan itu.
Untung bersih Sime Darby Plantation jatuh 70 peratus
Kejatuhan itu disumbang kemerosotan dalam pendapatan akibat kejatuhan purata harga minyak sawit mentah dan minyak isi rung.
Sime Darby seru rangkaian pasar raya UK sertai perbincangan minyak sawit
SD Plantation melahirkan rasa terkilan selepas pasar raya Iceland Foods Group mengharamkan minyak sawit daripada barisan jenama makanan yang dijual di rangkaiannya.