PUTRAJAYA: Penarikan balik Perintah Tahan Pelepasan (WRO) yang dikenakan terhadap syarikat Sime Darby Plantation oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP), memberi impak positif kepada industri sawit negara.
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata ini kerana ia berkait rapat dengan pasaran eksport sawit negara, kelangsungan perniagaan industri prinsipal, usahasama dan subsidiari sawit serta reputasi Malaysia untuk tidak dikaitkan dengan amalan buruh paksa.
"Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan di atas segala usaha dan komitmen Sime Darby Plantation dalam menangani isu-isu buruh paksa yang didakwa oleh US CBP.
"Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Sime Darby bertujuan bagi memperkasakan lagi aspek kesejahteraan pekerja, selaras dengan ketetapan yang digariskan di bawah undang-undang perburuhan sertainstrumen-instrumen antarabangsa seliaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sivakumar berkata kejayaan Sime Darby Plantation, dengan membangunkan inisiatif seperti zero recruitment policy, pemegangan pasport oleh pekerja dan membangunkan mekanisme penyelesaian aduan dalaman syarikat, harus dijadikan panduan atau model amalan terbaik oleh industri-industri lain.
US CBP sebelum ini mengenakan WRO terhadap syarikat Sime Darby Plantation sejak 2020, sebelum menarik balik perintah berkenaan pada 31 Jan.
BACA: AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Sementara itu Sivakumar turut menggesa pihak industri, untuk mempertingkatkan lagi usaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif kepada pekerja, serta tahap pematuhan terhadap piawaian perburuhan iaitu Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa (NAPFL) 2021-2025.
Beliau berkata NAPFL menyediakan platform bagi memperjuangkan konsep keterangkuman dengan semua pihak berkepentingan dilibatkan, bagi mewujudkan mekanisme terbaik untuk membendung amalan buruh paksa menjelang tahun 2030.
Kementerian Sumber Manusia, katanya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa sebarang bentuk penindasan atau eksploitasi tidak boleh dikompromi dan aktiviti penguatkuasaan juga dipergiatkan serta mana-mana pihak yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang tegas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
Sivakumar berkata, Kementerian Sumber Manusia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa sebarang bentuk penindasan atau eksploitasi tidak boleh dikompromi. - Gambar fail
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Penarikan balik WRO terhadap Sime Darby Plantation beri impak positif
Ia antara lain berkait rapat dengan pasaran eksport sawit negara dan reputasi Malaysia untuk tidak dikaitkan dengan amalan buruh paksa.