awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan legenda muzik India Ilaiyaraaja

Bernama
Bernama
04/04/2025
14:30 MYT
PM Anwar terima kunjungan legenda muzik India Ilaiyaraaja
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan legenda muzik India, maestro Ilaiyaraaja di pejabatnya hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan legenda muzik India, maestro Ilaiyaraaja di pejabatnya hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata beliau berbesar hati menerima kunjungan komposer tersohor itu yang akan mengadakan konsert mega di ibu negara esok, dan kedua-duanya membincangkan keperluan untuk mengukuhkan hubungan diplomasi seni dan budaya antara Malaysia dan India.
"Kami turut menyingkap kisah-kisah lama terkait industri perfileman dan muzik di India yang banyak memberi kesan kepada peminat di Malaysia.
"Saya juga maklumkan bahawa Malaysia akan terus menghargai serta mengangkat seni dan budaya yang menjadi simbol kepada kepelbagaian dan keharmonian yang kita raikan bersama selama ini," kata beliau.
Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Ilaiyaraaja untuk konsert yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dan berharap ia menjadi satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan seni pengarah muzik Tamil veteran itu.
Selepas tiga tahun, Ilaiyaraaja kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat tempatan menerusi konsert mega Raaja Rhapsody. Dikenali sebagai "ensiklopedia muzik hidup", legenda berusia 82 tahun itu bakal memukau hati pendengar dengan lagu-lagu yang melangkaui generasi.
Raaja Rhapsody bakal menampilkan sebuah orkestra megah yang menghimpunkan lebih 60 pemuzik profesional dari India dan Budapest, Hungary.
Malah, buat pertama kalinya dalam sejarah, gabungan muzik epik itu akan dipimpin sendiri oleh Ilaiyaraaja di pentas Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#legenda muzik India
#terima kunjungan
#Ilaiyaraaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan