MALAYSIA
PM Anwar tiba di Sabah untuk lawatan dua hari

Anwar (foto) tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan dua hari ke Sabah. -Gambar fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Tanjung Aru di sini pada 2 petang bagi mengadakan lawatan dua hari ke Sabah.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan dua hari ke Sabah, disambut Ketua Menteri Hajiji Noor dan barisan kepimpinan negeri
- Lawatan meliputi tinjauan pascabanjir di Inanam, program Rapat Umum dan Himpunan Keadilan di tiga daerah, serta lawatan ke Tawau dan Sandakan
- Anwar dijadual sertai Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 APMM sebelum berlepas ke Melaka
Sejurus tiba, beliau meluangkan masa melawat Jambatan Kampung Rampayan, Manggatal sebelum meneruskan tinjauan ke Jeti Sungai Inanam bagi sesi lawatan pascabanjir di kawasan Inanam.
Perdana Menteri kemudian melawat Dewan Pisompuruan di Kampung Kobuni, Inanam sebelum menghadiri program kedua di Pusat Komuniti Desa, Merotai Besar, Tawau.
ANWAR-TIBA 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Beliau seterusnya akan menghadiri program ketiga di Dewan Yu Yuan, Sandakan.
Pada Sabtu, Anwar akan menghadiri Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters Angkatan Tentera Malaysia, Taman Samudera, Sandakan.
Selepas itu, beliau dijadual menghadiri Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Kompleks APMM Zon Maritim, Sandakan.
Perdana Menteri kemudian dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami