awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tiba di Sabah untuk lawatan kerja

Bernama
Bernama
11/05/2025
04:30 MYT
PM Anwar tiba di Sabah untuk lawatan kerja
Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri. -Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini dengan pesawat khas pada 10.35 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
  • Anwar akan merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2025 di Tawau dan melancarkan Program Solar MADANI.
  • Anwar dan Ketua Menteri Hajiji Noor akan melakukan tinjauan mesra di program tersebut.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri.
Anwar kemudiannya dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Selepas pertemuan itu, Anwar akan berlepas ke Tawau bagi merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 2 petang ini.
Di Tawau Perdana Menteri turut dijadual melakukan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah dan melancarkan Program Solar MADANI pada PMR 2025 peringkat negeri Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei lepas.
Selepas itu Anwar dan Hajiji akan melakukan tinjauan mesra bagi melihat sendiri perkhidmatan disediakan agensi serta jabatan Persekutuan di program berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sabah
#Hajiji Noor
#lawatan kerja sehari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan