MALAYSIA
PM Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja, sertai Dialog Shangri-La

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 11.39 pagi. - Foto FB Anwar Ibrahim
SINGAPURA: Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22, pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Lawatan ke Singapura: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura untuk menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-22, persidangan utama mengenai pertahanan dan keselamatan serantau di Asia Pasifik.
- Pertemuan dengan Pemimpin Berpengaruh: Anwar dijadual bertemu Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth, Presiden Boeing Global Dr Brendan Nelson, serta Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
- Penyertaan dalam Dialog Antarabangsa: Persidangan ini melibatkan 47 negara, termasuk pemimpin pertahanan dan keselamatan dunia, membincangkan isu keselamatan serantau dan hubungan Malaysia-Singapura.
Persidangan utama pertahanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik itu, yang dihoskan oleh Singapura, akan berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun.
Memetik Reuters pada Jumaat, sidang kemuncak ini akan dimulakan dengan ucaptama oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Sejak diperkenalkan pada 2002, Dialog Shangri-La menjadi platform terbuka dan neutral yang penting untuk pertukaran pandangan mengenai isu-isu serta inisiatif pertahanan dan keselamatan serantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami