KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita bergelar ibu.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar menitipkan serangkap pantun bagi menghargai jasa dan kasih sayang mereka.
“Burung melayang di puncak angkasa,
Hinggap sebentar di pohon jati,
Kasih ibu berkalung jasa,
Menjadi azimat terangi hati.
“Selamat Hari Ibu!” kata beliau.
Perdana Menteri turut memuat naik sekeping gambar Allahyarham ibu beliau Che Yan Hamid Hussein bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap dua insan penting dalam kehidupannya.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.
“Seteguh Kasih Ibu” diangkat sebagai tema Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 pada hari ini.
-- BERNAMA