Skip to main content

Malaysia

PM Anwar tokoh reformasi sebenar, bukan Rafizi atau Nik Nazmi – AMK Johor

 Anwar di pesta buku Kuala Lumpur
Anwar Ibrahim adalah tokoh sebenar reformasi yang telah melaksanakan penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) bagi mengawal disiplin kewangan negara. - Gambar fail/Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menempelak pemimpin parti Kancil, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sekiranya kedua-duanya mendabik dada mengatakan mereka adalah pejuang reformasi.

Kata Faezuddin Puad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh sebenar reformasi yang telah melaksanakan penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) bagi mengawal disiplin kewangan negara.

“Rafizi dan Nik Nazmi sendiri pernah berada dalam kerajaan dan melihat sendiri bahawa proses reformasi sedang berjalan serta memerlukan ruang dan masa untuk dilaksanakan.

“Antara reformasi yang telah dimulakan oleh Kerajaan MADANI pimpinan Anwar termasuk penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) bagi mengawal disiplin kewangan negara.

“Ini termasuk pengukuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, usaha memperkukuh tatakelola dan ketelusan perolehan kerajaan, reformasi subsidi bersasar supaya bantuan lebih tepat kepada rakyat, serta usaha memperkukuh institusi kehakiman dan anti rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu ketika mengulas mengenai Pilihanraya Negeri Johor, Faezuddin berkata, kenyataan pemimpin parti Kancil bahawa parti itu tidak mahu bekerjasama bahkan mahu melawan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai sombong.

Malah, tegasnya ia menutup ruang rundingan serta kerjasama politik demi kestabilan negara.

“Dalam realiti landskap politik Malaysia hari ini, semua orang tahu tidak ada mana-mana parti yang boleh mendominasi secara bersendirian.

“Jadi kenyataan seperti itu dilihat sombong dan menutup ruang rundingan serta kerjasama politik demi kestabilan negara,” katanya.

Menurutnya, rakyat perlu memberi undi kepada parti yang mempunyai hala tuju politik jelas dan mempunyai keupayaan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya seperti PH.

Katanya, PH juga secara konsisten mengisytiharkan kesediaan bertanding di semua kerusi dan mempunyai calon Perdana Menteri yang jelas.

Must Watch Video

Advertisement