Skip to main content

Malaysia

PM Anwar undang cucu Mahatma Gandhi berkunjung ke Malaysia tahun depan

Berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan sahabat lama, Rajmohan Gandhi, yang juga sejarawan dan cucu kepada Mahatma Gandhi._FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar mengadakan perbualan telefon dengan M Rajmohan yang juga cucu kepada Mahatma Gandhi.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang sejarawan India Rajmohan Gandhi untuk berkunjung ke Malaysia pada suku pertama tahun depan bagi menyampaikan syarahan dan berkongsi pandangan mengenai demokrasi, keamanan dan keharmonian.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook berkata, undangan itu disampaikan beliau semasa perbualan telefon dengan Rajmohan yang juga merupakan cucu kepada Mahatma Gandhi.

Menerusi perbualan telefon itu, beliau berkata, kedua-dua mereka mengimbau kembali pertemuan semasa persidangan mengenai demokrasi di Asia yang dianjurkan Rajmohan di Mumbai pada 2012.

“Saya turut mengundang beliau berkunjung ke Malaysia pada suku pertama tahun depan untuk menyampaikan syarahan dan berkongsi pandangan mengenai demokrasi, keamanan, keharmonian serta kepimpinan berteraskan nilai bersama para ilmuwan, mahasiswa dan pemimpin masyarakat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, mereka turut bertukar-tukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan sejarah dan ketamadunan Malaysia-India melalui kerjasama akademik, intelektual dan dialog antara tamadun.

“Semoga hubungan persahabatan yang telah lama terjalin ini terus diperkukuh,” kata Anwar.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement