PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Kabinet hari ini telah mengarahkan para menteri untuk meneliti Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang melibatkan kementerian masing-masing, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
"Perdana Menteri menegaskan bahawa menteri perlu teliti laporan melibatkan kementerian masing-masing walaupun dapatan mungkin berkait isu sebelum ini, tetapi perkara yang dibangkitkan (LKAN) mesti diselesaikan segera," katanya yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Secara keseluruhannya, menurut LKAN yang dikeluarkan pada 16 Feb itu, pelaksanaan aktiviti, projek dan program Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan mengikut objektif ditetapkan namun masih terdapat kelemahan seperti sasaran output dan keberhasilan yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya.
Anwar pada 17 Jan lepas telah mengarahkan Jemaah Menteri supaya mengambil serius dan meneliti setiap teguran LKAN tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan.
Bagi audit melibatkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi berkata pihaknya juga akan meneliti dakwaan berlakunya ketirisan dalam agihan Dana Kandungan Digital (DKD).
Fahmi berkata beliau telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan pihak pengurusan untuk meneliti apakah yang telah berlaku dengan agihan DKD itu dan mendapati Akta Finas 1981 mungkin perlu dipinda.
"Yang positifnya, syarikat yang dinamakan terlibat dalam agihan DKD telah menghubungi KKD dan Finas untuk memberi penjelasan dan membersihkan nama mereka. Ada beberapa faktor termasuk pandemik COVID-19 yang mendatangkan kesan kepada industri perfileman khususnya bagi pihak produksi," katanya.
LKAN mendapati penyaluran DKD berjumlah RM4 juta dibuat kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli perbadanan dan semakan audit mendapati ia disalurkan kepada enam syarikat yang mempunyai kepentingan antaranya milik isteri dan anak Ahli Lembaga Pengarah Finas.
Fahmi berkata Perdana Menteri turut meminta KKD dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meneliti isu bayaran royalti kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan pemuzik lain.
Fahmi berkata satu mesyuarat antara beliau dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diadakan pada minggu hadapan bertujuan membentuk satu jawatankuasa bagi meneliti aspek melibatkan bayaran royalti dan pembangunan industri muzik.
Salahuddin pada 28 Feb lepas dilaporkan berkata satu jawatankuasa bertindak bagi membincangkan isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air akan ditubuhkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata isu bayaran dan pengiraan royalti serta penubuhan badan tunggal untuk menyelesaikan isu badan pelesenan serta melindungi hak para pemilik hak cipta adalah antara perkara yang akan dibincangkan untuk dicari penyelesaian oleh jawatankuasa itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
PM dalam Mesyuarat Kabinet hari ini telah mengarahkan para menteri untuk meneliti Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang melibatkan kementerian masing-masing. -Gambar fail/Bernama
OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Latihan tentera: Simulasi pamer kekuatan, erat kerjasama AS- Filipina
Latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 16,000 tentera Filipina dan Amerika sudah bermula bulan lalu, akan berlangsung sehingga 10 Mei.
Banjir: Penyelamat Brazil giat selamatkan penduduk terkandas
Ribuan penduduk terkandas di Rio Grande Do Sul tanpa makanan dan air bersih selepas banjir melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri mencadangkan agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Latihan berkaitan AI, TVET harus ditingkatkan supaya negara tidak ketinggalan - PM Anwar
Semua pihak pelaksana terutamanya kementerian diminta memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.