Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa semua cadangan yang dikemukakan dalam Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya.
Katanya, majlis itu yang merupakan platform penting bagi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu-isu semasa serta langkah menanganinya membuktikan dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahului kepentingan rakyat.
Perdana Menteri turut menyifatkan pembentangan yang dikemukakan oleh wakil-wakil daripada Bank Dunia, Malaysian Rating Corporation Berhad, Deloitte Southeast Asia, Universiti Malaya dan Catcha Group selain kehadiran 236 wakil institusi telah menyumbang kepada perbincangan yang sangat intensif informatif dan produktif.
"Antaranya Dr Deepak Mishra dari Bank Dunia telah mencadangkan agar fokus diberikan kepada peningkatan produktiviti serta pertumbuhan yang lebih inklusif termasuk penambahan tenaga kerja wanita.
"Malaysia Rating Corporation Berhad yang diwakili En Nor Zahidi Alias telah menganjurkan pertumbuhan ekonomi sebanyak lima peratus pada tahun 2018 dan beliau juga mencadangkan agar usaha-usaha diteruskan untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan bagi penduduk bandar bagi menangani isu golongan miskin bandar,"kata Najib dalam entri terbaharunya di laman blog beliau, najibrazak.com, hari ini.
Dalam pada itu, Najib berkata beliau yakin Malaysia mampu mencapai persekitaran global yang berdaya saing dengan membangunkan semangat keusahawanan yang tinggi, digerakkan dengan budaya inovasi dan kreativiti dengan memberi keutamaan kepada ekonomi digital.
Katanya, bagi mencapai sasaran itu, Malaysia harus lebih proaktif dan agresif menerapkan penggunaan teknologi dan pendigitalan dalam perniagaan yang secara langsung dapat meningkatkan produktiviti.
"Digital Malaysia diberi keutamaan yang tinggi dalam agenda kerajaan dan kita akan memperhebatkan inovasi memandangkan ia adalah faktor pembezaan yang memacu keuntungan dan pertumbuhan jangka panjang," katanya.
Najib seterusnya berkata beliau gembira apabila mendapat maklum balas positif berkenaan inisiatif kerajaan seperti Zon Perdagangan Bebas Digital yang telah disampaikan oleh wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM).
"Dalam menggalakkan pertumbuhan e-dagang, wakil ACCCIM juga telah mencadangkan peningkatan nilai pengecualian cukai ke atas pembelian atas talian," katanya.
Beliau berkata topik lain yang turut ditekankan adalah kepentingan ''sharing economy'' dan bagaimana konsep itu boleh memberi manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia yang dibentangkan wakil dari Deloitte Southeast Asia, Kavita Rekhraj.
"Contohnya, seorang pemandu Uber boleh mendapat pendapatan sebanyak RM4,300 sebulan dan seorang hos dalam platform Airbnb boleh mendapat pendapatan lima angka sebanyak RM17,000 jika mendapat tempahan sebanyak 60 malam," tambahnya.
Selain itu, beliau berkata topik berkaitan ekonomi digital turut disentuh yang menyaksikan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Catcha Group, Patrick Grove mencadangkan Malaysia menjadi negara pertama memperkenalkan rangka kerja berkenaan penghantaran barang menggunakan dron selain mendigitalkan semua perkhidmatan kerajaan bagi meningkatkan kecekapan
Patrick juga menyarankan agar subjek artificial intelligence dijadikan sebahagian daripada kurikulum di sekolah menengah bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang inovatif, kata Najib.
"Menurut beliau, ini penting dalam memastikan pelajar kita berupaya berubah mengikut keperluan masa hadapan lebih-lebih lagi untuk mengisi pekerjaan yang kini masih belum wujud lagi," katanya.
Menurut Perdana Menteri lagi, topik pendidikan juga banyak dibincangkan dengan wakil Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) telah menyampaikan harapan mereka agar peruntukan biasiswa dan geran bagi pelajar universiti swasta berdasarkan merit diwujudkan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang upaya selain berharap agar kerajaan meningkatkan peruntukan bagi latihan vokasional.
"Ïnsyaallah, kerajaan akan membentangkan bajet yang prihatin terhadap masalah rakyat serta progresif dalam memastikan negara terus maju membangun ke arah Transformasi Nasional 2020 (TN50)," katanya.
Perdana Menteri dijangka membentangkan Bajet 2018 pada Oktober depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2017
Najib gembira apabila mendapat maklum balas positif berkenaan inisiatif kerajaan seperti Zon Perdagangan Bebas Digital yang telah disampaikan oleh wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM).
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
PM beri jaminan semua cadangan Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi
Semua cadangan yang dikemukakan dalam Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya.