awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ethiopia tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari

Bernama
Bernama
25/10/2024
02:30 MYT
PM Ethiopia tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
PM Ethiopia, Abiy Ahmed Ali bersama Zinash Tayachew Bere tiba di Kompleks Bunga Raya bagi memulakan lawatan rasmi dua hari sehingga esok yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, yang merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini.
Pesawat yang membawa Abiy, bersama Wanita Pertama, Zinash Tayachew Bere dan delegasinya, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.
Antara yang menyambut ketibaan beliau adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Datuk Yubazlan Yusof.
Sejurus tiba, Abiy memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.
Lawatan Abiy ke Malaysia bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Ethiopia.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan, Abiy akan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sambutan rasmi, diikuti dengan mesyuarat dua hala.
"Perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan tertumpu kepada kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, pembangunan mampan, kesihatan, pelancongan, dan pendidikan.
"Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Satu sidang media bersama akan diadakan selepas mesyuarat dua hala tersebut," menurut kenyataan itu.
Ethiopia merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada tahun 2023.
Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia direkodkan pada RM446.8 juta, dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Produk yang dieksport Malaysia ke Ethiopia termasuk elektrik dan elektronik, minyak sawit serta barangan pertanian berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk berasaskan bahan kimia, serta tekstil, pakaian, dan kasut.
Pada 2023, imbangan dagangan berpihak kepada Malaysia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Ethiopia
#Abiy Ahmed Ali
#lawatan rasmi
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan