awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman

Bernama
Bernama
18/07/2023
16:18 MYT
PM mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman
Perdana Menteri berkata keamanan dan kestabilan kini menjadi maqasid utama agar kebajikan rakyat terbela. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman yang memecah-belah.
Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah yang dikongsi di laman Facebook dan Twitternya, Perdana Menteri berkata keamanan dan kestabilan kini menjadi maqasid utama agar kebajikan rakyat terbela.
Sementara katanya sebarang usaha untuk merubah negara yang berperlembagaan dan berdaulat ini kepada negara perkauman yang huru-hara, walau seinci pun tidak sesekali akan dibiarkan.
"Justeru, menjelang sambutan Hijrah 1445 ini, marilah kita bertekad untuk melakukan hijrah yang hakiki.
Berhijrah daripada kemungkaran kepada kebaikan, daripada kebejatan rasuah kepada amanah, daripada ketaksuban kepada minda yang merdeka, dan daripada perkauman sempit kepada taayush silmi (hidup bermuafakat)," katanya.
Mengimbau sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan kota Madinah, Anwar berkata Rasulullah meletakkan asas tatacara dan tatakelola sistem pemerintahan Islam dengan pengajaran dan kefahaman mengenai soal akhlak, nilai dan prinsip.
Beliau berkata daripada didikan kerohanian itu, maka terbitnya dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua.
"Walhasil, penghijrahan Rasul membenam faham perkauman. Pakatan para Muhajirin bersama Ansar, dan sebelumnya bersama Raja Ashamah, pemerintah negeri Habsyah mencerminkan semangat kerjasama dalam perkara makruf.
Kota Madinah dilatari kepelbagaian agama, budaya dan bangsa kemudiannya didirikan atas nama umat yang satu. Demikianlah hijrah Rasul dan para sahabat menjadi ibrah segar sepanjang zaman," katanya.
Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H bertemakan "Perpaduan Teras Malaysia MADANI" akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Maal Hijrah
#sistem pemerintahan
#perkauman sempit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan