awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja ke Sabah hari ini

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
20/03/2021
22:05 MYT
PM Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja ke Sabah hari ini
Muhyiddin akan mengadakan lawatan kerja ke Sabah hari ini. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja ke Sabah hari ini.
Ia lawatan julung kali Muhyiddin ke Negeri di Bawah Bayu itu selepas kerajaan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk pentadbiran.
Beliau yang dijangka tiba di Kota Kinabalu jam 6 petang ini difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin GRS di sebuah majlis makan malam kira-kira sejam kemudian.
Acara tersebut akan dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri seperti Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Joachim Gunsalam serta pemimpin-pemimpin setempat.
Berdasarkan atur cara yang diberikan pihak Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah hari ini, Perdana Menteri dijangka bertemu dengan pemimpin-pemimpin GRS di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
PM ke Sabah | Lawatan PM perlihat dinamika kepada pembangunan Sabah
Pada 22 Mac, Muhyiddin akan meneruskan aktiviti lawatan kerja rasminya di Sabah dengan sesi townhall 'Makmur Bersama Sabah' di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada jam 9 pagi.
Seusai acara, beliau dijangka mengadakan lawatan ke Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Kota Kinabalu pada jam 11 pagi sebelum mengadakan kunjungan hormat ke Istana Negeri untuk mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Inisiatif Pelaburan Asing/Domestik dan pelancaran Projek Pembangunan Lok Kawi Resort akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada sebelah petang.
Perdana Menteri dijangka mengakhiri siri lawatan rasmi dua harinya di Sabah dengan menghadiri program Ziarah Perihatin di kawasan Tanjung Aru, Kota Kinabalu sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#lawatan ke Sabah
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#Hajiji Noor
#Bung Moktar Radin
#Jeffrey Kitingan
#Joachim Gunsalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan