Segamat hari ini diisytiharkan sebagai kawasan pembangunan baharu Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam usaha kerajaan untuk memastikan pertumbuhan masyarakat dan sosioekonomi yang pesat di daerah berkenaan.
Semasa mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkembangan itu membuka era baharu untuk Segamat sekaligus memacu pertumbuhan daerah itu ke tahap lebih tinggi.
"Oleh kerana kita hendak bangunkan Segamat secara keseluruhan, dengan ini saya isytiharkan Segamat dimasukkan dalam kawasan ECER.
"Ia akan jadi kawasan pertumbuhan baharu yang akan dibangunkan kerajaan bersama-sama ECER," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di sini, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata mengambil kira hubungan Segamat dengan daerah Mersing dan Rompin, Segamat sesuai dimasukkan sebagai kawasan pembangunan ECER.
Selain itu, Najib turut mengumumkan pembangunan semula Pelabuhan Darat Segamat dengan kos RM20 juta.
Beliau berharap pelabuhan berkenaan dapat dibangunkan secara lebih bersepadu dan holistik, sekali gus menggalakkan lebih banyak pelaburan yang boleh membawa limpahan dan manfaat kepada penduduk tempatan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam merangkap Anggota Parlimen Segamat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 03 2018
Najib menerima cenderahati daripada Liow selepas menyempurnakan majlis Pecah Tanah Projek ETS Gemas ke Johor Bahru hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan terus perkemas kerangka pembangunan ECER - PM Anwar
Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER
Ia berikutan peningkatan permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahnya angka peminat RV di seluruh dunia.
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, urusan dan perbelanjaan pemuliharaan warisan ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Belanjawan 2021: ECERDC syor tumpu pembangunan kawasan pulau Terengganu
Di bawah ECER 2.0, selain daripada penekanan terhadap pembangunan infrastruktur di destinasi pulau popular seperti Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah, ECERDC juga membina mercu tanda ikonik.
IR4.0: Malaysia mampu tandingi China, Korea Selatan
Penerapan transformasi digital dan IR4.0 di Malaysia juga dijangka dapat dipercepatkan apabila pelaburan teknologi tinggi masuk ke negara ini.
PM Najib isytihar Segamat kawasan pembangunan baharu ECER
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkembangan itu membuka era baharu untuk Segamat sekaligus memacu pertumbuhan daerah itu ke tahap lebih tinggi.
Rakyat Kelantan patut bersyukur ada ECER - Mustapa Mohamed
Kerajaan melalui ECERDC membantu peserta meningkatkan pendapatan mereka sehingga RM1,500 sebulan.
Usaha transformasi sosio-ekonomi ECER dapat pengiktirafan global
Agenda transformasi sosio-ekonomi kerajaan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Lebih banyak pelan transformasi akan dilaksana jika kerajaan terus diberi mandat - PM Najib
Lebih banyak program transformasi yang memberi manfaat kepada rakyat akan dilaksanakan di masa hadapan.