awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib kongsi kenangan zaman darurat

Bernama
Bernama
15/01/2018
09:25 MYT
PM Najib kongsi kenangan zaman darurat
Katanya, pihak polis menasihatkan supaya keretanya mempunyai tiga nombor pendaftaran bagi tujuan keselamatan dalam mengaburi pihak musuh. - Foto Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbau kembali kenangan mencuit hati bersama anggota polis ketika menjadi Menteri Besar Pahang.
Berucap pada satu majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di sini hari ini, Perdana Menteri berkata pasukan keselamatan ketika itu sedang memburu pengganas komunis, Chong Chor, di kawasan sekitar Bentong, Pahang.
Katanya, pihak polis menasihatkan supaya keretanya mempunyai tiga nombor pendaftaran bagi tujuan keselamatan dalam mengaburi pihak musuh.
"Satu hari ketika saya ada seminar di Kuala Lumpur, saya ditanya anggota polis sama ada kereta yang dinaiki milik saya.
"Saya tanya kenapa? Sebab nombor (pendaftaran) depan lain, belakang lain. Pemandu saya tersilap letak nombor depan CU11, belakang CX3879.
"Saya nak pujilah, anggota polis berkenaan begitu tajam matanya. Dia suruh buka bonet, banyak lagi nombor plat di dalamnya," katanya sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin yang hadir.
Najib menjadi menteri besar termuda ketika berusia 29 tahun bermula pada 4 Mei 1982 hingga 10 Ogos 1986.
Beliau berkata walaupun pengalaman berkenaan agak lucu, namun memuji komitmen anggota polis dan tentera dalam menjaga keselamatan negara.
Katanya, Malaysia tidak akan mencapai kejayaan seperti yang dikecapi pada hari ini tanpa pengorbanan anggota keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#komunis
#Najib Razak
#Pahang
#pengganas
#Perdana Menteri
#PM
#polis
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan