awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib minta Vietnam benarkan Simon Rock balik ke Malaysia

Bernama
Bernama
28/04/2017
15:05 MYT
PM Najib minta Vietnam benarkan Simon Rock balik ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah meminta kerajaan Vietnam untuk membenarkan Ketua Pegawai Operasi Europe Automobiles Corporation (EAC) Simon Rock untuk kembali ke Malaysia. -Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah meminta kerajaan Vietnam untuk membenarkan Ketua Pegawai Operasi Europe Automobiles Corporation (EAC) Simon Rock untuk kembali ke Malaysia.
Najib, yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30, membuat rayuan tersebut kepada Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc semasa pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin, di luar sidang kemuncak itu.
EAC adalah unit kepada Sime Darby Motors.
"Ia melibatkan beberapa dakwaan dan tindakan melarang ketua pegawai operasi Simon Rock untuk kembali ke Malaysia. Beliau adalah seorang warganegara British tetapi berkerja untuk syarikat Malaysia," kata Najib kepada pemberita Malaysia selepas pertemuan itu.
"Perkara ini kita telah merayu kepada perdana menteri Vietnam untuk membenarkan Simon untuk kembali ke Malaysia ke pangkuan keluarganya.
"Dalam pada itu apa juga siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, pihak beliau (Simon Rock) akan memberi kerjasama yang sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#EAC
#Europe Automobiles Corporation
#Najib Razak
#Nguyen Xuan Phuc
#Sime Darby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan