awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bekas Presiden Zambia akan dikebumi di Afrika Selatan selepas pertikaian majlis pengebumian
DUNIA
Bangunan terbakar di Tel Aviv selepas serangan peluru berpandu Iran terbaharu
DUNIA
Kapal layar mewah 'Bayesian' berjaya dinaikkan dari dasar laut selepas 10 bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

PM nyatakan hasrat bersama China segera selesaikan konflik Palestin-Israel

Bernama
Bernama
09/11/2023
11:45 MYT
PM nyatakan hasrat bersama China segera selesaikan konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden China Han Zheng di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan hasrat kepada China untuk bersama-sama memastikan konflik Palestin-Israel segera diselesaikan dan bantuan kemanusian disalurkan tanpa halangan.
Perkara itu dikongsi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengenai pertemuan dan perbincangan Anwar dengan Naib Presiden China Han Zheng yang mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri di Perdana Putra di sini sempena lawatan rasmi empat hari Han ke Malaysia bermula semalam.
"Perdana Menteri (Anwar) berharap agar China memainkan peranan aktif yang telah disuarakan kepada Han dalam perbincangan tadi. Respons baik dari China agar masalah konflik Palestin-Israel segera diselesaikan," katanya kepada media selepas pertemuan dua pemimpin berkenaan di sini hari ini.
Zambry berkata China juga menyatakan kekal dengan komitmen yang selama ini mengiktiraf Palestin dari segi kedudukannya.
China kini menyandang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula 1 Nov lepas.
Pada 3 Nov lepas, China dilaporkan berkata situasi Palestin-Israel merupakan kerja paling mendesak antaranya menggalakkan gencatan senjata agar mengelakkan bencana kemanusiaan lebih teruk serta mencegah konflik daripada merebak.
Perbincangan dua hala Anwar dan Han lebih sejam turut menyentuh untuk mengeratkan hubungan Malaysia dan China serta merancakkan pelaburan dan kerjasama dalam pelbagai sektor.
Perbincangan lain yang disentuh adalah isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, kerjasama dalam industri halal dan juga ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan disambut pada 2024.
Lawatan Han adalah bersempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia dan China tahun ini.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak sedekad yang lalu. Jumlah dagangan antara kedua-dua negara pada 2022 bernilai RM487.13 bilion (AS$110.62 bilion) meningkat15.6 peratus berbanding 2021.
China juga merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia pada 2022 dengan pelaburan berjumlah RM55.4 bilion (AS$12.5 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#Anwar Ibrahim
#China
#Han Zheng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami