awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sampaikan sumbangan Ramadan, al-Quran kepada komuniti Islam Jerman

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/03/2024
23:45 MYT
PM sampaikan sumbangan Ramadan, al-Quran kepada komuniti Islam Jerman
Anwar berkesempatan menunaikan solat sunat tarawih dan sampaikan sumbangan Ramadan kepada komuniti Islam di Masjid Sehitlik, Berlin, pada Selasa. - Foto BERNAMA
BERLIN: Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Jerman.
Sumbangan yang disampaikan ialah 12 naskhah kitab suci al-Quran semasa Perdana Menteri menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sehitlik, di sini, pada Selasa.
Kesemua 12 naskhah al-Quran berkenaan senaskhah cetakan khas, senaskhah al-Quran terjemahan bahasa Jerman dan 10 naskhah terjemahan bahasa Inggeris.
Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, ketibaan Anwar ke masjid tersebut disambut oleh Duta Besar Turki ke Jerman, Ahmet Başar Şen.
Anwar juga berkesempatan bertukar pandangan dengan komuniti Islam terkait isu-isu umat Islam di Jerman serta konflik di Palestin.
“Kami turut membincangkan soal pembangunan umat Islam di Jerman serta situasi yang menimpa warga Palestin.
“Kami juga nyatakan pendirian bahawa penderitaan warga Palestin ini mesti dihentikan serta merta,” jelas Perdana Menteri.
Masjid Sehitlik merupakan masjid dengan seni bina Turki Uthmaniyyah yang siap dibina pada 2005.
Rumah ibadat umat Islam di Berlin itu pernah menjadi sasaran jenayah bakar sebanyak empat kali pada 2010, yang berakhir dengan pelaku di hukum penjara dua tahun sembilan bulan.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#sumbangan Ramadan
#Masjid Sehitlik
#lawatan rasmi di Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan