awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sampaikan surat tawaran IPT kepada pelajar

Bernama
Bernama
10/12/2021
12:23 MYT
PM sampaikan surat tawaran IPT kepada pelajar
Ismail Sabri menyerahkan surat tawaran sesi 2 2021/2022 Program Asasi Undang-Undang UiTM kepada Farah Syuhadah Zahari (kanan) ketika menghadiri lawatan ke ruang pameran Jom Masuk IPT sempena program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan surat tawaran kemasukan ke universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti kepada pelajar di bawah program 'Jom Masuk IPT' sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Antara surat tawaran yang disampaikan Perdana Menteri adalah kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pada majlis itu, seramai tiga pelajar menerima surat tawaran kemasukan ke Sesi 2 2021/2022 Program Asasi Undang-Undang UiTM dan turut menerima komputer riba, bantuan tunai RM700 dan pelan data berjumlah RM200.
Tiga pelajar pula menerima surat tawaran ke Politeknik dan Kolej Komuniti selain menerima bantuan tunai RM500.
Perdana Menteri turut menyampaikan Sijil APEL A, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada dua penerima manakala dua individu lagi menerima surat tawaran wang pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan dua pelajar menerima surat tawaran biasiswa daripada Universiti MAHSA.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Perdana Menteri kemudian meluangkan masa meninjau reruai (booth) Kementerian Pengajian Tinggi, UiTM, Hospital Pengajar Universiti (HPU) Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia berlangsung selama empat hari bermula semalam dirasmikan Perdana Menteri.
Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Jom Masuk IPT
#Aspirasi Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan