awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM saran rakyat Malaysia di luar negara bergiat aktif sebagai duta Malaysia

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/03/2024
23:15 MYT
PM saran rakyat Malaysia di luar negara bergiat aktif sebagai duta Malaysia
Anwar bergambar dengan rakyat Malaysia pada majlis ramah mesra di Berlin, Jerman, pada Selasa. - Gambar Bernama
BERLIN: Berinteraksi dengan kumpulan kecil dalam kalangan warga tempatan di negara-negara asing, seterusnya mempromosikan Malaysia adalah peranan yang perlu dilakukan oleh semua rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan, usaha itu dapat dilaksanakan, khususnya dalam usaha mengeksport lebih banyak kraf tangan tempatan ke pasaran global.
“Dalam kumpulan kecil, interaksi dengan anak tempatan. Orang Jerman ada potenasi besar dari aspek nilai pelancongan. Barang-barang hasil Malaysia dari Sabah, Kelantan, Terengganu dan apa saja. Itu juga cara kita perkenalkan hasil kita.
“Semua dalam kalangan kita ialah duta dan ejen pelancongan. Baru kita boleh maju kerana Jerman ada potensi pasaran yang sangat besar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman, pada Selasa.
Perdana Menteri berada di sini, bagi lawatan rasmi beliau ke Jerman.
Pada 2 Mac lalu, Anwar dalam Ucapan Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, telah menetapkan semua jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan hanya dibenarkan membeli sebagai cenderahati hasil seni yang diusahakan oleh pengusaha tempatan.
Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi tahun 2022 keseluruhan pendapatan kraftangan bagi adalah lebih daripada RM236.1 juta.
Untuk konteks tambahan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) merekodkan ketibaan 9.16 juta pelancong antarabangsa dalam tempoh enam bulan pertama 2023 dan pada suku ketiga tahun 2023, 14.4 juta ketibaan pelancong antarabangsa dicatatkan.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia di luar negara
#Duta Malaysia
#PM Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi di Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan